BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 1, 2012

Rahsia lelaki melalui cara ciumannya

Panduan-panduan di bawah ini akan membolehkan para isteri mengetahui dan mengenali serba sedikit perangai dan kelakuan si suami melalui cara ciumannya :

Photobucket
Mata Tertutup
Lelaki jenis ini terdorong kepada suka berfantasi tatkala beliau mencium isterinya. Lelaki ini juga adalah jenis lelaki yang romantik dan mudah menjadi mesra dalam perhubungan.


Photobucket
Mata Terbuka
 Lelaki jenis ini pula akan berhati-hati dalam meluahkan emosinya. Lelaki jenis ini mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan.

 
Photobucket
Cium dengan kuat
 Lelaki jenis ini cuba menutup kelemahannya dengan mendominasi atau mengongkong apa yang akan dilakukan isterinya.

Photobucket
Cumbuan Lidah 
Cumbuan jenis ini mengiringi sifat keghairahan yang tinggi.Lelaki jenis ini juga cenderung untu mengongkong isterinya apabila dia menusuk masuk lidahnya ke kerongkong si isteri.Jika si suami ini membenarkan isteri untuk memasukkan lidah ke dalam mulutnya , maka lelaki ini mempunyai sifat bertolak ansur dengan isterinya


Photobucket
Cium sambil membelai manja
 Lelaki jenis ini tahu akan kuasa seksual yang sebenarnya. Iaitu melalui kelembutan dan kehalusan. Lelaki ini penyabar dan peka tentang dan terhadap kemahuan anda. Beliau juga dapat menawarkan apa yang disukai oleh si isteri. Jenis suami ini adalah matang dari segi seks dan juga emosi.
Photobucket


SUKA ? like jangan tak like wokeyh ^.^

Henpon anda banyak gunanya!

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : 

1) NOMBOR KECEMASAN
 - Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) .

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
 - Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya











SUKA ? like jangan tak like wokeyh ^.^

Menegangkan Kulit Muka

Petua 1 :
 Ambil tepung ubi kayu dan timun.
Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.
 Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.
 Kacau rata dan jangan terlalu cair.
 Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.
Kemudian basuh.
 Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka
 serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar. 

Petua 2 :
 Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis.
 Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka.
 Kulit akan terasa pedih sedikit. 
Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya. 


SUKA ? like jangan tak like wokeyh ^.^