morning u olls..
smalam ade sesuatu yang menganggu fikiran.sangat menganggu.
decide utk call cik abg.luahkan apa yg terbuku.
nampaknya cik abg juga turut terganggu dengan keputusan yang aku bakal ambil.
suara cik abg kelam di hujung talian.
abg seperti tidak boleh terima.
aku jua begitu bang.
masakan mampu utk melepaskan dirimu.
aku perlukan masa yg panjang utk berfikir secara rasional.
selepas update status fb dan blog,
aku mandi sekali lagi.mungkin cara ini dapat menenangkan hati.
selepas mandi,tiba2
kereta cik abg ada depan rumah..
terkrjut bukan main tuhan jer tahu.
dari shah alam ke pd abg dtg.dtg senyap2 pula.
salah satu lagi keistimewaan yang ada pd abg,
abg seorang yang sangat bersungguh2.
aku gembira abg datang tp dalam masa yang sama aku bimbang
jika diri ini banyak menyusahkan abang..
aku pergi ke kereta abg.aku buka je pintu kereta..
abg xde dlm kereta.tah kemana perginya dengan enjin terpasang
dan ak ternampak
disebelah tempat duduk pemandu.
aduhhh...abang,sebab tu lah setiap hari sayang pada abg
bertambah-tambah.
puas aku mencari abg kesana sini.call x berangkat.
lebih kurang 20 minit ak mencari,
ak ternampak kelibat manusia disebalik pokok.
rasa gembira bukan main bila nampak buah hati.ingat kemana lah hilangnya.
rasa nak lari laju2,dan pelok terus.haiiihhhhh..
tapi rase nak tergelak pon ade main sorok2 pulak pukul 11.30 pm!
hhe..abg selalu muncul saat diriku ini memerlukan abg..
terima kasih sayang.
malam itu kami duduk meluahkan rasa dan berbincang sebaiknya.
sesungguhnya tempat ini menyimpan
banyak kenangan antara aku dan si dia..
0 comments:
Post a Comment